Thursday 26 May 2011

CINTA.NET Adakah Kami Begitu?

 Menemui cinta hati yang sesangat ain rindui..dah lama ain tak update blog nie.. terasa macam nak luah sesuatu selapas ain baca beberapa cerpen versi novel pendek..ada yang mengalirkan air mata..so ain nak kongsi la dengan semua yang terasa nak kongsi.. roomate ain yang kasi cerpen nie..tapi tak berpeluang untuk membaca sebab ain tumpu perhatian pada study dulu..so sekarang baru ada masa..cerpen nie ada la kaitan dengan ain sebab ain sekarang couple dengan orang yang ain kenal melalui internet..fesbuk..memang kami same sekolah dulu tapi yela dah lama terpisah, dah macam- macam berubah..so ain takut sesangat jadi macam nie..hati ain mudah berubah..this is sweet story...


Cerpen : Cinta.Net

DUG DAG DUG DAG jantungku jelas kedengaran. Cuak pulak aku nak berjumpa dengan 'dia'. Maklumla, baru first time. Selama neh pun hanya dia saja yang pernah melihat gambarku. Aku pulak sekadar mendengar suaranya yang agak garau itu. First time jugak bagi diriku menelefon lelaki yang tak pernah aku kenali dan temui sebelum neh. Kadang-kadang, aku rasakan yang diriku neh mungkin sudah mengalami sakit mental dan layak dipanggil bodoh. Aku mengeluh apabila teringatkan bagaimana mudahnya aku menghantar gambarku kepadanya melalu Skype dua bulan yang lalu.

Semuanya bermula apabila dia merayu-rayu ingin melihat wajahku. Katanya, dia dapat merasakan bahawa aku seorang yang comel tatkala pertama kali mendengar suaraku di corong telefon. Entah kenapa, aku begitu mudah cair dan termakan pujuk rayu seorang lelaki yang mungkin seorang penyangak, penipu, atau mungkin jugak seorang perogol bersiri yang dikehendaki polis. Fikiranku mula melalut memikirkan yang bukan-bukan. Tapi, kalau betulla dia seorang penjenayah, tak mungkin dia sanggup berjumpa denganku di khalayak ramai, di tempat yang sebesar neh besar. Ya, tak mungkin dia menipuku.
Aku memandang sekeliling, melihat-lihat jika ada insan yang bergelar lelaki yang menghampiriku. Susah pula bila dia saja yang mengenaliku sedangkan aku tak pernah sesekali melihat wajahnya. Setiap kali aku meminta untuk melihat gambarnya, ada saja alasan yang diberikan. Tak ada gambarla, tak ada webcamla, tak ada Friendster, mahupun Myspace. Aku bingung. Kenapalah mamat neh begitu berahsia denganku? Bila diingatkan kembali first chat kitorang di IRC, aku tak pernah rasa best pun bila berchatting dengannya. Kasar! Mungkin neh la perkataan yang paling sesuai untuk dirinya. Gayanya seperti berchatting dengan seorang lelaki, tapi, aku neh kan perempuan. Kadang-kadang tu, sakit jugak la hati bila dilayan dengan bahasa-bahasa yang agak kasar. Sepanjang aku berchatting di IRC, tak pernah pulak mamat-mamat kat IRC tu berkasar dengan perempuan. Selalunya, bahasa yang digunakan lembut saja. Maklumla, niat di hati nak mengorat je kerja.
<@ZeaLous> leh tanya x?
<+AnZ22> nak tanye silela pg kat counter info
<@ZeaLous> amboi, sombongnya, tuih.. baru tanya sket
<+AnZ22> ape tuih2? ingat org neh kaki 5 ke?
<@ZeaLous> xla.. kaki 2 je.. slalu main trivia ke?
<+AnZ22> xla.. slalu berenang je kat cni.. maklumla swimming pool cni kan saiz olimpik
<@ZeaLous> ok2.. whatever.. asl pls?
<+AnZ22> 20 f skudai, n u?
<@ZeaLous> owh ok.. 33 m Mariana Trench
<+AnZ22> nape dlm sgt umah? nape x buat je umah kat pusat bumi? neh buat kat dlm laut, banjir nant
<@ZeaLous> tuih, perli nmpk?
<+AnZ22> terase ke? klo ckp btul2 xde la org perli2 kan?
Selalunya aku rasa macam nak je tenyeh-tenyeh mulut dia dengan cili, tu pun kalau dia ada kat depan aku la. Geram punya pasal. Apa dia ingat aku neh tempat meludah ke? Dia pernah menceritakan pengalamannya yang pernah putus cinta tiga kali gara-gara semuanya tak sanggup berkasih dengan seorang yang sakit sepertinya. Entah la. Sukar jugak nak percaya. Betul ke dia ada penyakit darah tinggi? Muda-muda lagi dah sakit. Katanya, penyakit keturunan. Abang dan kakaknya pun terkena penyakit yang sama. Tapi yang aku benar-benar musykil, tak mungkin la sebab penyakit yang tak serius tu pun dia mesti ditinggalkan? Malas aku nak fikir. Lantak dia la kalau dia ingin menipuku. Bukannya boleh berjangkit pun penyakit tu.
Sejak malam tu, kitorang akan berchatting setiap malam sebelum tidur. Dia jugak pernah menelefonku. Suaranya boleh tahan. Aku mula terbayangkan wajahnya. Suara sedap, mesti handsome. Hehe. Entah wajah sapa-sapa la yang aku bayangkan saat tu. Hentam je.
Selepas seminggu berchatting, dia mula meminta ID Skype aku, katanya ada privacy. Di IRC ada saja makhluk-makhluk yang mengganggu. Memang benar pun, memandangkan aku yang agak popular dengan trivia. No. 2 beb! Dan malam tu jugak la dia merayu-rayu meminta gambarku. Pada mulanya, aku agak berat hati, risau kalau-kalau diprintnya gambar aku dan dibomohnya. Tak pasal-pasal je. Aku yang merana. But finally, aku berikan jugak gambarku yang paling comel (perasan, hehe). Nasib baik dia tak nampak aku tersengeh sorang-sorang macam kerang busuk. Hatiku berbunga-bunga bila dia cakap aku CUTE! Tapi memang comel pun, kalau tak, tak mungkin ada dua orang jejaka beratur membeli hatiku neh.
Hari-hari yang aku lalui kini dipenuhi dengan suaranya. Ke mana saja aku pergi, pasti aku teringatkan dia. Selepas je kuliah habis, cepat-cepat aku bergegas pulang untuk berchatting dengannya. Kalau dia tiada, terasa bosan sekali hidupku. Aku sendiri tidak pernah menyangka yang aku neh begitu senang jatuh cinta walaupun kenyataannya aku tak pernah mengenali dirinya.
Mungkin juga selepas aku ditinggalkan insan yang bernama, Haikal secara tiba-tiba, perangaiku berubah mendadak. Takku nafikan, aku pernah menyatakan perasaan sayangku kepada abang angkatku yang jugak merupakan senior aku di UTM Skudai. Masalahnya, aku sendiri tidak pernah berjumpa dengannya, sekadar melihat gambarnya yang sebesar duit 50 sen dan mukanya jugak tak jelas. Pelikkan aku neh? Dah gila agaknya? Or maybe desperate? Terkejut besar la Abang Aizat tu. Macam nak khiamat dunia neh lagaknya. Aku pun apa lagi, mula la cover, konon-konon aku tak serius. Hanya gurauan semata-mata, sekadar ingin melihat reaksinya. Padahal di hatiku mengucapkan syukur kerana dia mempercayai kata-kataku.
Nak dijadikan cerita la, dengan tiba-tiba je Abang Aizat mengajak aku keluar makan di Jaya Jusco. Katanya, niat di hati nak belanja adik angkat kesayangannya neh. Sekaligus, melihat sendiri diriku supaya nanti tak ada lagi ayat-ayat yang mampu membuatkan dia GOL, masuk kubur la. Aku bersyukur sangat-sangat kerana mengatakan aku hanya bergurau. Selepas bertemu dengannya, aku bagaikan hilang kata-kata. Terpaku, terkejut gajah punya pasal. Tak tahu macam mana nak menggambarkan wajah sebenar abang angkatku tu. Dengan gigi yang sedikit rongak, badan berpanau dan kurus melidi. Definitely not my taste! Tetiba...
"Anis Zafeera?" Terdengar suara yang kukenali sejak dua bulan yang lalu. Insan yang kutunggu-tunggu akhirnya berada betul-betul di sebelahku. Aku yang tadinya leka menanti di bangku balai ketibaan di KLIA segera terbangun dan lantas mendongakkan kepala memandangnya. Maklumla, tinggi sangat. Aku neh pendek. Ya Allah, kuatkan hatiku untuk memandangnya. Hey, diamla kau jantung. Silap-silap dia boleh dengar degupan jantungku yang terasa begitu laju sekali mengepam darah ke seluruh tubuhku. Macam baru menghabiskan larian 200 meter saja lagaknya. Huh? Terkelu lidahku seketika.
"Feera? Saya la, Hafiz. Dah lama awak tunggu ke? Sorry ye. Ada hal tadi. Awak ok?"
Ya, benarla telahanku. Hafiz a.k.a ZeaLous kini berada betul-betul di depanku dengan sebuah beg kertas. Beg kertas? Untuk aku ke? Perasannya aku. Alahai, kenapa la dia tak handsome? Pakai short plak tu. Nampak habis bulu kaki yang berserabut. Macam mana neh? Tetiba je dah rasa tak suka, tak sayang. Macam nak je aku cakap, 'saya dah tak sudi jadi girlfriend awak la'. Padahal, baru seminggu yang lalu aku bersetuju untuk menjadi kekasihnya. Tu la, sapa suruh tak berfikir panjang. Padan muka aku.
"Tak la lama sangat, tapi berjanggut jugak la saya tunggu."
Balasku acuh tak acuh. Rasa macam nak je aku larikan diri. Tapi tak nak la nanti adegan filem hindustan kat KLIA neh terjadi. Sapa yang malu? Aku dan keluarga aku jugak. Semuanya gara-gara mama yang risaukan diriku. Katanya sekarang sudah tak selamat naik bas untuk pulang ke rumahku yang terletak di utara tanah air. Bukannya dekat Skudai-Alor Star. 10 hingga 11 jam jugak la kalau naik bas. Disebabkan aku naik MAS, aku terpaksa transit di KLIA. Jadi aku gunakan peluang neh untuk berjumpa dengan Hafiz yang kini bekerja di Petaling Jaya.
"Mana janggutnya? Tak nampak pun. Janggut awak neh macam chipsmore la. Boleh pulak kejap ada kejap takde. Anyway, awak dah makan? Jom, saya belanja awak KFC, nak?"
"Boleh jugak. Lagipun tadi tak sempat nak lunch. Dekat sangat Skudai-Senai tu. So, kena la keluar awal."
15 minit kemudian...
"Kenapa awak diam je? Selalunya awak suka kutuk saya. Ada je modal awak. Awak tak sihat ke?"
"Takde apa-apa la. Saya ok je. Terkezut sikit je."
"Terkezut? Dah lama saya tak dengar awak sebut perkataan tu. Tapi kenapa? Awak dah tak suka kat saya ke? Sebab saya tak handsome? Tak memenuhi taste awak? Macam tu?"
Tau takpe. Memang aku dah tak suka kat kau la. Boleh lagi tanya. Tapi tengok gaya dia macam baik je. Tak sekasar dulu. Cuma... entahla. Aku sendiri tak tau perasaan aku ketika neh. Berserabut otak aku.
"Takde la. Biasa je. Maybe sebab penat kot."
Sepanjang masa kitorang kat KFC tu, hanya la dihabiskan dengan renungannya yang sayu. Aku pulak buat muka tak layan. Masing-masing diam melayan perasaan. Kesian jugak kat dia. Tapi, aku keliru. Biarla masa yang menentukannya. Aku masih belum bersedia untuk membuat keputusan selanjutnya. Sebelum aku memasuki balai berlepas, dia menghulurkan beg kertas yang dipegangnya sejak tadi. Aku rasa serba salah tapi, bak kata orang, rezeki jangan ditolak. So, ambik je la. Aku biarkan saja beg tu, langsung tak dijenguk apakah isinya.
--------------------------------------
Aku merenung SMS yang baru kuterima. Sejak berada di rumah seminggu yang lalu, semua SMS yang dihantarnya kubiarkan sepi tak berbalas. Sudah berpuluh-puluh panggilannya tak berjawab. Tiba-tiba aku teringatkan hadiah yang dia berikan kepadaku. Cepat-cepat kucapai beg kertas yang di sebelah katil. Ada teddy bear berwarna putih berserta love di tengah-tengah badannya. Cute la! Cair sikit hati aku neh. Selama neh tak pernah ada seorang pun lelaki yang memberikan aku teddy bear. Semua yang ada atas katilku neh, Sdn. Bhd. Beli sendiri la.
 
pemberian seseorang kepada ain..
Lantas kucapai sekeping kad yang terselit di tepi kotak dan kubaca.
Dear Anis Zafeera,
Saya harap awak suka teddy bear neh sebab awak pernah bagitau saya, awak tak pernah dapat hadiah teddy bear. Dan saya rasa teddy bear neh sangat sesuai dengan awak yang cute tu. Apa saja yang awak nak, insyaallah, saya akan cuba tunaikan sekiranya mampu. Untuk pengetahuan awak, awak insan pertama yang membuatkan jantung saya berdegup kencang tatkala kita berchatting. Tu belum berjumpa face to face lagi, kalau berjumpa, silap-silap terkeluar terus jantung saya.
Sweetheart,
Entah mengapa, saya seperti dapat rasakan yang awak akan berubah hati selepas bertemu dengan saya. Saya sedar siapa diri saya, serba kekurangan, sakit, saya tak sehandsome ex-boyfriend awak, kasar, kuat cemburu walaupun kita tak pernah bertemu, dan macam-macam lagi la. Tapi, saya akan cuba ubah perangai saya demi awak except for my appearence. Anugerah Allah, tak terdaya nak ubah.
Ketahui la awak, saya sayang awak, everything about you. Rupa paras tak penting bagi saya, yang penting hati awak, diri awak, who you are. I love your smile, your jokes, everything. Dan saya sangat-sangat berharap agar awak juga dapat menerima saya seadanya.
Salam sayang,
Hafiz a.k.a ZeaLous
Aku bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang. Aku mula menerima kenyataan. Person is perfect! Aku jugak manusia biasa. Pasti ada kekurangannya. Aku sepatutnya bersyukur kerana bertemu dengan orang sebaiknya, seikhlasnya. Ternyata sekali dia tidak pernah memainkan perasaanku. Teringat kembali kata-kata mama. Lebih baik bercinta dengan orang yang mencintai kita daripada bercinta dengan orang yang kita cintai, tetapi belum tentu lagi orang tu akan membalas cinta kita.
Lantas kucapai handsetku. Kubaca kembali SMS yang dihantarnya sejak seminggu yang lalu. Rasa bersalah kini membuak-buak.
Feera, awk dah xsyg saye ke? Nape xjwb call?
Feera, saye syg awk. Awk jgnla seksa saye.
Klo btul2 awk xbleh tima saye, ckp la. Jgnla sepi. I'll try 2 forget u.
Ya Allah, apa yang dah aku buat neh? Kenapa aku sanggup buat dia macam neh sekali? Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata Nana, roommateku di UTM dua hari yang lepas. Semuanya yang berlaku di KLIA aku ceritakan padanya.
"Kau biar betul AZ. Jangan la main-mainkan perasaan dia. Bila rasa suka, ko cari dia. Bila rasa dia tak memenuhi apa yang kau bayangkan selama neh, kau campak dia dalam tong sampah. Dia tu manusia. Ada perasaan, ada maruah. Cuba kalau kau kat tempat dia, confirm kau dah menangis kan? Fikir la baik-baik."
Dengan pantas aku mendail nombor Hafiz. Kali neh, aku tak teragak-agak lagi dengan perasaanku. Kalau la betul aku tak menyayanginya, tak mungkin dia yang menjadi teman mimpiku sejak beberapa hari neh, sehingga aku berasa rimas. Dia menjawab dengan suara yang sayu dan sedih.
"Feera, awak betul-betul tak dapat terima saya ke?"
"Apis, sorry. I'm really sorry. Saya tak sepatutnya layan awak macam tu. Saya dah fikir sedalam-dalamnya. Kalau awak masih sudi terima saya yang kejam neh, saya sanggup jadi girlfriend awak semula."
"Are you sure? Saya dan tak sanggup lagi kena tinggal. Saya sentiasa anggap awak girlfriend saya. Tak pernah terlintas di hati nak break up dengan awak."
"And I've never said that I would leave you! Saya hanya mendiamkan diri je, untuk berfikir. And now, I've the answer for your question. Yes, I love you the way you are. Everyday, saya asyik teringatkan awak walaupun ketika tu saya tak pasti perasaan saya terhadap awak."
"Thanks Feera. I miss you, a lot!"
"Me too. And thanks for the teddy! I like it."
------------------------------------------
Tiga hari lagi, kitorang akan bertunang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepanjang perhubunganku dengan Hafiz selama 3 tahun neh. Aku pun baru saja menerima ijazah dan akan menjejakkan kaki ke alam pekerjaan tak lama lagi. Aku juga berasa bersyukur kerana mama dan papa menerima Hafiz tanpa banyak bicara. Maklumla, demi anak kesayangan diorang yang cute neh! Hehe.
 __________________________________________________________

mama ain selalu pesan jangan duk berkawan sangat dekat internet tu..bukan boleh percaya..tapi ain pernah ramal hubungan ain dngan sidia bermula dimana..jawapanyer di internet...herm..tapi tak leh caya pun..kerana tuhan yang tentukan segalanye..sekarang ain berkawan dengan orang yang ain kenal dekat internet..so ain harap bila kami berjumpa nanti takde la jadi macam cerita nie..dan ain harap family kami dapat terima antara satu sama lain..